Sunday, December 13, 2009

Terasa Disayangi :)

Terima kasih lah ye,untuk Kau,Kau dan Kau.

Sebab buat aku rasa cuti ni tak bosan langsung.
Sebab buat aku da tak rasa negatif da dekat kau.
Dannnnnn
Sebab buat aku jadi budak yang baik sikit,untuk kali ni.Heh :)




PS: Sorry lama gila tak drop komen dekat blog korang.Baca pun tak sempat sangat.Nanti aku baca eh,janji! :)

Saturday, November 28, 2009

tak sama lah


ade satu malam.aku,si adik perempuan and mama tengok cerita magic apa kebenda entah."Cyril: The Simple Magic" kalau tak silap.something like that lah.dekat Channel 701 AXN Astro.aku macam tak faham lah kan kenapa lah si adik perempuan suka sangat dekat si Cyril tu.kira macam tiap kali dia tengok si Cyril tu,mesti aku angkat kaki masuk bilik tidur.


A: Eh.Info weh,lepas ni ada tak cerita yang best.
AP: Ada!Kejap lagi Cyril.
A: Siapa?
AP: Ala,Cyril yang magic tu.
A: Ah bosan.Asyik2 tengok dia.Entah apa2 entah.Apesal suka sangat dekat dia?
AP: Hensem weh.
A: Biasa je kot.


dua malam lepas.aku,si adik perempuan and mama tengok si Cyril tu.malam tu tiba2 rasa nak tengok si Cyril tu.


M: Eh kakak.Cyril ni macam @#^$*~% kan?
A: Mana ada ma.Langsung tak kot.
M: Ada,sikit2.part hidung kot.
AP: Haah lah!


lepas tu mama masuk bilik,tidur.


A: Weh,betul ke sama dengan @#^$*~%?Tak kan?
AP: Ada,sikit2.
A: Oh,no wonder aku tak suka tengok cerita si Cyril ni.



PS: @#^$*~% tu just a friend of mine.I guess.Entah

Monday, November 16, 2009

Good bye Melbourne!Well Hello Malaysia :)


Assalamualaikum.Pergh da seminggu lebih tak update blog siot.Gila bangga lah aku dengan diri sendiri.Heh.

Sekarang tiap2 saat kasi telinga layan lagu Down yang Jay Sean nyanyi tu.Lepas tu dengan aku sekali down jugak.Haih.

Tadi pergi upgrade handphone.Jadi handphone yang lama ingatkan nak bagi dekat si adik lelaki.Sekali hari tu dia mesej, dia cakap kalau boleh dia nak lah pakai handphone aku yang lama tu.Tau2 je aku memang nak bagi dekat dia.Lepas tu aku reply, kalau nak pakai handphone aku yang lama tu,dia kena tolong aku usha kan nombor maxis yang cun.Kira bila aku balik nanti,nombor maxis yang cun da tersedia untuk aku pakai time tu jugak.Win win situation lah sikit kan.Sekarang siapa kata aku bukan kakak yang baik?Hahaha.



Ni yang lama.Tapi masih elok.Jadi,ni yang lama tapi cantik.



Okay ni yang baru.Ah,handphone macam ni memang dari dulu lagi da suka mencuri perhatian aku.



Ala tau lah handphone aku tak secanggih handphone korang.Diam2 sudah.

Kadang2 macam pelik.Kenapa tiba2 friends aku dekat facebook tu macam berkurang.Oh,ada yang remove aku dari friends' list dorang eh?Tapi mana lah nak tau siapa kan,takde lah tiap2 hari aku duk usha and stalk sorang2.Takde kerja aih.

Oh lepas ni lagi jarang lah aku update blog.Almaklum lah bila da balik rumah,bila aku ada family yang comel,kawan2 yang rajin melayan dan rancangan drama melayu atau sinetron indonesia di televisyen,siapa lagi yang perlukan internet?Ah,aku tak perlukan internet bila aku ada tiga perkara penting yang da ditulis tadi.Okay,tipu.Sebenar nya rumah belum masuk internet lagi.Dari dulu sampai sekarang,penat da pujuk mama suruh masuk kan internet,tapi tak pernah berhasil.Kalau lah mama tau,hidup aku tanpa internet tu ibarat sehari tak minum coffee.Resah gelisah dan tak keruan.Oh,kalau lah mama tau.Eh tapi mama tau,mama saja tak nak layan kan permintaan kitorang adik beradik.Yang comel nya,semua pun macam akur je bila mama cakap tak nak masuk kan internet.Kan da cakap,family aku memang comel.Percaya tak sekarang?Haha.

Tapiiiiiii,memandangkan balik nanti pun aku ada praktikal,jadi tak terasa sangat lah bahang ketiadaan internet tu.Ye,tempat praktikal da dapat.Yeay!Weehoo!Aku doa2 semoga dekat tempat praktikal tu nanti,ramai lah lelaki2 comel berumur 20-an untuk aku cuci2 mata,baru semangat nak bangun awal2 pagi.Eh silap.Aku doa2 semoga dekat tempat praktikal tu nanti,dapat lah aku menimba pengalaman di samping menambahkan ilmu yang tak berapa nak penuh di dada ni.Aminnnnn.


Jadi,aku tinggalkan blog ni buat sementara waktu.Ada masa bila2 nanti,aku update lah ye.Oh,nanti status aku dekat YM tu bukan setakat invisible,tapi memang offline terus da.Jangan nak duk buzz2 aku,lepas tu bila aku tak reply,jangan cakap aku sombong.Aku lempang nanti.

Semua orang,jangan rindu aku ye?Damn,silap.Semua orang,jangan nakal2 ye?Jangan update banyak sangat weh,tak terbaca aku nanti.


PS: Nak tengok Jensen Ackles sambil minum coffee.Pergh layan beb.Okay,bye!